Tuesday, May 11, 2010

God answer my prayer...

In time of trouble, whom shall i turn to? is it to the Lord my God...?

pemberontakan dan pengerasan hati. itulah yang sering membuat kita tidak dapat mendengar suara Tuhan.. sering kita menyalahkan Tuhan ketika situasi seakan mendesak.. namun satu hal yang pasti.. Tuhan tidak akan sekali-kali meninggalkan kita. tidak sekali..

aku juga tidak lepas dari pemberontakan itu.. semalam aku fikir Tuhan telah pergi meninggalkan ku... aku fikir Dia tidak memperhatikanku.. malah aku kegeraman dan marah mengapa Dia meninggalkanku..dalam kegeraman hati dan kepahitan hidup, aku telah nekad untuk memilih untuk tidak perlukan Dia dalam hidupku.. aku membenci Dia.. aku fikir mengapa Tuhan menjawab doa orang lain, mengapa tidak aku?? aku tahu Engkau ada, tapi Engkau berdiam? itu sahaja yang bermain dalam fikiranku ketika itu. dan aku nekad untuk membuang Dia dari hidupku.

namun satu hal yang pasti..

ketika, aku buka renungan harian untuk malam tadi.. Tuhan bicara... "Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku. Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.( Yohannes 15:4-5)... itulah isi hati Tuhan yang aku tangkap.. saat itu hatiku hancur sekali.. Tuhan, ternyata Engaku Allah yang hidup dan tiada yang seperti Engkau. ampuni pemberontakanb aku. sucikanku.. ajarku mengampuni orang lain..aku mengerti Tuhan sungguh-sungguh Engkau mendengarkan doaku, bahkan menjawab aku melalui FirmanMu yang hidup. aku menangis kerana aku telah pernah berfikir untuk tidak mengikutiMu lagi. Yesus, aku sangat terkesan kerana kebaikanMu yang tidak pernah surut dari kehidupanku. dan Engkau sungguh-sungguh ada.. Yesus.. sungguh Engkau indah dan penuh dengan kasih..

aku tau Firman itu ditujukan kepadaku saat itu. saat itu aku merasa Tuhan bicara dalam hatiku.. malah Tuhan kuatkan aku dengan katakan bahawa Dia tidak pernah meninggalkanku.. "I am with u always".. (Matius 28:20)... aku benar-benar dimerdekakan oleh Firman itu... Thank you God.. Kerana Engkau Allah yang hidup dan tidak pernah meninggalkanku..

Thank You Father.. for U are worthy to be praised... I love u Jesus..

No comments:

Post a Comment